Sekian lama aku tidak mencoretkan sebarang nukilan. Namun hari ini kuhadirkan coretan buat pertama kali stelah sekian lama kumenyepi. Hadirku kali ini bersama azam untuk mengaktifkan diriku dalam bidang penulisan secara istiqamah. Kesibukan yang melanda menjarakkan diriku ini dari dunia penulisan. Namun sampai bilakah kesibukan mahu dijadikan alasan, sedangkan masa hadapan yang hadir belum tentu sentiasa dalam kelapangan? Maka kuhadirkan coretan kali ini bersama bingkisan memori buat tatapan bersama.
Lebih setahun aku menyepikan diri dari sebarang penulisan. Dalam tempoh setahun lebih pelbagai pengalaman telah aku tempuhi dan ianya berbeza berbanding pengalaman ketika zaman bergelar pelajar. Kini aku telah pun bergelar seorang guru. Aku baru menamatkan perkhidmatan sebagai guru interim di Sekolah Menengah Kebangsan Dato' Hj Mohd Taib lebih kurang dua minggu yang sudah. Guru interim merupakan jawatan berstatus sementara yang telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Kini aku telah pun mendapat tawaran dari KPM untuk perkhidmatan berstatus tetap sebagai guru di sarawak dan akan berangkat ke sana insyaAllah pada 11 jun ini.
Tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah mudah dan tidak boleh dipandang ringan. Guru berperanan dalam mencorakkan masayarakat pada masa akan datang. Hal ini kerana murid-murid yang dididik merupakan generasi pelapis untuk masa akan datang. Kegagalan guru dalam mendidik muri-muridnya memberi implikasi yang besar terhadap sistem sosial masyarakat pada masa akan datang. Menyedari peranan tersebut, setiap guru seharusnya bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya.
Dalam tempoh beberapa bulan setelah bergelar sebagai seorang guru, pelbagai pengalaman yang telah aku lalui. Antara perkara penting yang aku pelajari dari pengalaman tersebut ialah akan peri pentingnya sifat kesabaran yang perlu ada pada seorang guru. Berhadapan dengan murid yang pelbagai ragam dan sifat menuntut seorang guru mempunyai kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran, guru akan berputus asa dalam mendidik anak muridnya yang seterusnya akan membawa kepada pengabaian kepada murid-murid tertentu yang dirasakan oleh guru tersebut tiada harapan untuk berubah. Sebagai guru peranan kita adalah untuk terus pendidik tanpa rasa jemu dan natijahnya kita serahkan kepada Allah.
Sungguh indah pengalaman menjadi guru. Perasaan marah, lucu, geram dan kasihan silih berganti tatkala aku berdepan dengan murid yang pelbagai ragam. Ada yang mudah mendengar kata, ada yang susah mendengar kata, ada yang bersemangat untuk belajar dan ada pula malas belajar. Namun, ape jua kerenah dan ragam mereka, sebagai guru aku tetap menyayangi mereka. Sering aku katakan pada mereka, meskipun aku seorang guru, namun aku jua adalah abang mereka dari sudut pesaudaraan Islam dan aku menyayangi mereka. Aku ingin mereka tahu tatkala aku memarahi mereka bukanlah kerana membenci tetapi kerana sayang. Kerana sayangkan mereka, maka aku berusaha membetulkan tingkah laku mereka dan adakalanya ia memerlukan ketegasan dalam usaha aku mendidik mereka.
Lebih kurang tiga bulan aku berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Hj. Mohd Taib. Terasa begitu pantas masa berlalu. Buat murid-muridku khususnya dari kelas 3 Arif, 4 Amanah, 5 Amanah dan 5 Setia, maaf dipohon andai dalam usaha mendidik kalian ada ustaz menyebabkan kalian terasa. Namun ketahuilah, sebagai seorang guru, ustaz menyayangi kalian dan ingin kalian menjadi orang yang berjaya di dunia dan yang terlebih penting berjaya akhirat. Terima kasih juga buat kalian semua yang telah menghadiahkan pengalaman buat ustaz. Menjadi guru kalian merupakan pengalaman berharga yang tersimpan di dalam lipatan memori ustaz..
HARAPANKU
Adik-adikku
Cintailah Allah
Walau di mana dikau berada
Beserahlah kepadaNYA
Beribadahlah dengan keikhlasan
Jauhi maksiat dan kemungkaran
Adik-adikku
Ingatilah Rasul selalu
Basahi lidahmu dengan selawat
Jadikan sunnahnya kenderaanmu
Menyusuri ranjau kehidupan duniawi
Agar tidak terpesong haluan diri
Wahai adik-adikku
Kasihilah insan di sekelilingmu
Kasihkan insan ikhlas di hati
Bersama iman menghiasi
Akan bercahaya kasih sejati
Bangkitlah adik-adikku
Cintailah Allah
Walau di mana dikau berada
Beserahlah kepadaNYA
Beribadahlah dengan keikhlasan
Jauhi maksiat dan kemungkaran
Adik-adikku
Ingatilah Rasul selalu
Basahi lidahmu dengan selawat
Jadikan sunnahnya kenderaanmu
Menyusuri ranjau kehidupan duniawi
Agar tidak terpesong haluan diri
Wahai adik-adikku
Kasihilah insan di sekelilingmu
Kasihkan insan ikhlas di hati
Bersama iman menghiasi
Akan bercahaya kasih sejati
Bangkitlah adik-adikku
Dari diulit lena dan mimpi
Teruskanlah perjuangan
Kembalikan kegemilangan Islam
Jangan mudah kau terpedaya
Dengan helah dunia yang fana
Marilah adik-adikku
Bersama kita tegakkan agama
Sepenuh jiwa dan juga raga
Solat ditunai diabai jangan
Jadikan malu pakaian diri
Taqwa menjadi hiasan diri
Teruskanlah perjuangan
Kembalikan kegemilangan Islam
Jangan mudah kau terpedaya
Dengan helah dunia yang fana
Marilah adik-adikku
Bersama kita tegakkan agama
Sepenuh jiwa dan juga raga
Solat ditunai diabai jangan
Jadikan malu pakaian diri
Taqwa menjadi hiasan diri
Kan hadir kebaikan hadiah buatmu
Terima kasih adik-adikku
Jasa kalian kuingat selalu
Bukan intan permata kujanjikan
Bukan emas selautan kutawarkan
Ketahuilah adik-adikku
Terima kasih adik-adikku
Jasa kalian kuingat selalu
Bukan intan permata kujanjikan
Bukan emas selautan kutawarkan
Ketahuilah adik-adikku
Ganjaran daripadaNYA sedia menanti
Kiranya ikhlas bertunjang di hati
Sedarilah adik-adikku
Kiranya ikhlas bertunjang di hati
Sedarilah adik-adikku
Pengalaman diri tak mampu dibeli
Walau dilimpah kemewahan duniawi
Ya Allah Ya tuhan kami
Walau dilimpah kemewahan duniawi
Ya Allah Ya tuhan kami
Kami pohon padaMU
Terangilah hati kami agar mampu majukan diri
Menjadi insan pilihanMU
Terangilah hati kami agar mampu majukan diri
Menjadi insan pilihanMU
Terlepas dari azab seksaMU
Kuharap kalian mendengar suara hatiku
Yang kunukilkan buat kalian
Agar tenang pemergian ini
Moga ukhwah terjalin bertaut keimanan hakiki
Kuharap kalian mendengar suara hatiku
Yang kunukilkan buat kalian
Agar tenang pemergian ini
Moga ukhwah terjalin bertaut keimanan hakiki
Inilah harapanku...
No comments:
Post a Comment